Thursday, December 27, 2012
Kisah Para Kekasih Allah
Malam ini saya kongsikan beberapa intisari kuliah Ust Fadhil di Surau Al-Ikhlas, Taman Cempaka, Nilai.
Allah sembunyikan para waliNya dari pengetahuan manusia. Bilangan para wali sentiasa tetap. Jika mati seorang wali maka akan digantikan seorang wali yang lain. Hanya wali yang kenal wali lain. Imam As-suyuti mengarang lebih 500 kitab berkat umurnya.
Dalam satu kisah berkenaan seorang hamba dan Tuannya. Hamba ini bernama Saridin. Tuannya adalah seorang saudagar kaya. Satu hari Saudagar kaya bermusafir untuk berjumpa dengan seorang ulama' di Madura Barat.
"Tuan, doakan perniagaan aku terus meningkat." Ulama' tersebut kehairanan lalu berkata, "Engkau sepatutnya meminta doa dengan seorang hamba di rumahmu yang lebih hebat daripadaku."
Si saudagar terkejut lalu bergegas pulang ke rumahnya dan bertemu dengan hambanya.
"Tuan, saya dapat tahu seorang ulama' mengiktiraf kehebatan Tuan," kata saudagar.
Lalu si hamba tadi dengan segera meletak jawatan kerana rahsianya telah diketahui orang.
Begitulah sifat para wali yang tidak mahu menunjuk-nunjuk akan kewaliannya.
Sedekah Setiap Hari, Berkat Setiap Hari
Dalam dunia ICT hari ini, kemudahan bersedekah semakin mudah dengan Online Banking seperti Maybank 2U, CIMBClicks, Bank Islam dan lain-lain. Kita tak perlu tunggu peluang bersedekah itu datang tetapi sebaliknya kita yang mencarinya. Lebih proaktif bukan? Cubalah! Insyaa Allah akan datang keberkatan itu setiap hari.
Senarai badan kebajikan, anak yatim, pusat tahfiz seluruh Malaysia.
Sunday, December 2, 2012
Sejarah PAS UMNO
Satu-satunya parti Melayu yang ditubuhkan sebelum merdeka yang masih wujud dan kekal dengan identiti asalnya ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
PAS ditubuhkan lima tahun sesudah Umno iaitu pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370. Dalam persidangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama Umno ini, para ulama telah mengambil ketetapkan di Sultan Sulaiman Kelab, Kuala Lumpur untuk menubuhkan 'Persatuan Ulama Se-Malaya' yang bebas daripada Umno.
Mengapa ulama bertindak demikian, sedangkan selama ini mereka bergerak dalam Umno?
Kebanyakan para ulama yang aktif dalam Umno adalah bekas-bekas ahli Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948. Nama-nama besar dalam Bahagian Agama Umno seperti Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan, Tuan Guru Ahmad Tuan Hussin, Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Badawi, Tuan Guru Hussin Che Dol, Tuan Guru Yahya Junid, Ustaz Ahmad Maliki, Sulaiman Palestin dan lain-lain ialah aktivis Hizbul Muslimin yang bergiat dalam Umno.
Keadaan darurat yang berlaku sejak Jun 1948 yang melumpuhkan Hizbul Muslimin telah mendorong para ulama menyertai Bahagian Agama Umno. Ketika mereka menyertai Umno bersama-sama ahli PKMM dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diharamkan oleh British, mereka meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin untuk menyatukan pentadbiran agama, membangun pendidikan Islam dan meluaskan gerakan dakwah.
lapan ketetapan
Kerana gerakan progresif mereka, Umno akhirnya bersetuju mengadakan Persidangan Alim Ulama Se-Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950. Dalam persidangan ini, para ulama meluluskan lapan ketetapan berkaitan penyatuan pentadbiran agama, pendidikan tinggi Islam, penyelarasan tarikh puasa dan hari raya, gerakan dakwah dan lain-lain. Malangnya, semua ketetapan ini tidak mendapat perhatian Umno termasuk usaha Bahagian Agamanya yang telah membawa cadangan menyatukan pentadbiran agama kepada Majlis Raja-raja.
Sebaliknya, Umno telah terjerat dengan cadangan kerakyatan longgar yang dibuat oleh Communities Liaison Committee (CLC) yang turut dianggotai oleh Dato Onn Jaafar. Dato Onn mendesak Umno menerima cadangan kerakyatan longgar untuk orang bukan Melayu ( Jus Soli ). Tindakan Dato Onn meletakkan jawatan pada Jun 1950 telah 'memaksa' ahli Umno menerima cadangan tersebut.
Dato Onn kemudian melangkah lebih jauh dengan membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu pada Januari 1951 yang membolehkan Tan Chen Lock dan E.E.C Thuraisingam menjadi ahli bersekutu Umno. Pada Ogos 1951, Dato Onn mendesak orang bukan Melayu diberikan keahlian penuh sehingga menyebabkan ahli-ahli Umno marah. Pada Mac 1951 juga, Dato Onn secara sinis menyindir golongan kiri dalam Umno yang mahu menukar perjuangan Umno daripada 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka'.
Selain Dato Onn, Raja Ayub Raja Bot, Mohd Noah Omar (datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussin), C.M Yusof dan Dasimah Dasir adalah antara pimpinan Umno yang lantang menolak cadangan perjuangan menuntut kemerdekaan ini.
Bahagian Agama Umno memang tidak selesa dengan dasar-dasar Umno untuk membenarkan kerakyatan longgar kepada orang bukan Melayu, membuka keahlian Umno kepada bukan Melayu (bukan Islam) dan keengganan pimpinan Umno menuntut kemerdekaan. Secara berkebetulan pada Mei 1950, tercetus isu Natrah di Singapura yang membawa kepada rusuhan pada 12 Disember 1950.
Ketika ahli-ahli Umno mendesak parti itu bertindak, Jawatankuasa Agung Umno pada 5 Januari 1951 mengambil pendirian untuk Umno tidak campur tangan kerana ia adalah isu yang berlaku di luar Malaya, iaitu Singapura. Umno juga berpandangan bahawa isu ini masih dibicarakan di mahkamah dan golongan yang membantah itu didalangi komunis. Sedangan para ulama dalam Umno melihat isu ini dari sudut mempertahankan aqidah umat Islam yang dipaksa murtad oleh mahkamah.
loteri Umno
Di sebalik pendirian Umno untuk berlepas tangan dalam isu aqidah ini, Umno yang dikuasai oleh pejuang-pejuang melayu yang lebih cenderung serta kagum dengan kehebatan British memutuskan untuk mengadakan 'Loteri Umno' pada 1950 bagi mengutip dana membina Rumah Umno (Pejabat Agung Umno) di Batu Road (Jalan TAR), Kuala Lumpur.
Pada 1946, Umno pernah mencuba untuk mengadakan loteri, tetapi difatwakan haram oleh Pejabat Perkara Agama dan Pelajaran Umno. Kini, Umno tidak lagi mengendahkan pandangan ulama semata-mata untuk mendirikan pejabatnya. Persatuan Ulama Kedah (PUK) yang kebanyakan ahlinya menganggotai Umno mengeluarkan fatwa tentang haramnya judi loteri tersebut, diikuti oleh persidangan ulama Pulau Pinang dan Seberang Prai di bawah Sheikh Abdullah Fahim yang memberikan fatwa serupa. Tetapi Umno tetap berdegil untuk meneruskannya.
Belum reda kemarahan ulama dalam Umno tentang judi loteri ini, timbul pula cadangan supaya Umno menganjurkan 'funfair' bagi mengutip dana Rumah Umno itu. 'Funfair' ini dipandang haram oleh ulama kerana mengandungi perjudian, kaberet, ratu cantik dan unsur maksiat yang lain. Disebabkan tekanan ulama, Umno menangguhkannya sehingga para ulama keluar daripada Umno pada Ogos 1951.
Pada 15 September 1952, Mesyuarat Agung Umno bersetuju 'funfair' dilaksanakan oleh semua Umno Bahagian. Umno tidak berasa jijik membina pejabat mereka daripada hasil yang haram iaitu judi dan 'funfair'. Kemuncak kemarahan ulama adalah apabila Tunku Abdul Rahman Putra dicalonkan untuk menggantikan Dato Onn pada 25 Ogos 1951. Menurut Farish A Noor (2003: 71), ahli-ahli Umno khususnya di kalangan ulama tidak mahu berketuakan Tunku Abdul Rahman kerana putera raja itu terkenal dengan sifat playboy, sukakan muzik, suka menari dan seorang peminum arak.
Akibatnya, di mana-mana umat Islam mendesak supaya Bahagian Agama Umno keluar daripada parti itu dan menubuhkan sebuah persatuan ulama atau parti Islam yang bebas daripada naungan Umno. Salah seorang yang dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung Umno, Engku Ismail Abdul Rahman, iaitu Yang Dipertua Jabatan Agama Johor menyifatkan Umno telah tersesat daripada ajaran al-Quran dan Sunnah serta menyeru ulama menubuhkan Parti Muslimin Malaya.
Pandangan-pandangan lain juga termasuk daripada Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi mahu ulama menubuhkan Persekutuan Muslimin Malaya sebagai sebuah parti politik berasaskan agama. Ada juga pandangan yang mengatakan para ulama mesti menubuhkan parti sendiri kerana mereka telah diperalatkan oleh Umno.
persidangan ulama kedua
Desakan yang kuat daripada umat Islam ini akhirnya mendorong Haji Ahmad Fuad Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno membicarakan tentang "Ulama Malaya belum bersatu dan belum punya persatuan" bagi mendesak Umno mengadakan persidangan ulama kedua. Umno akhirnya bersetuju menaja Persidangan Alim Ulama Kedua di Sultan Sulaiman Kelab pada 23 Ogos 1951 bersamaan 20 Zulkaedah 1370.
Haji Ahmad Fuad mengambil kesempatan persidangan ini untuk mengusulkan penubuhan "Persatuan Ulama Se-Malaya" dan ia diterima sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Lima orang iaitu Haji Ahmad Fuad (Terengganu) sebagai Pengerusi serta Haji Ayub (Perak), Syed Mohamed Shafie (Kuala Lumpur), Saadon Jubir (Singapura) dan Haji Mohd Amin Amran (Johor) dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja untuk menyusun undang-undang tubuh dan mengatur penubuhan Persatuan Ulama Se-Malaya secara rasmi.
Dalam persidangan ini juga diputuskan supaya persatuan ulama ini berdiri sendiri dan bebas daripada Umno. Mereka juga mahu persidangan untuk menubuhkan persatuan ini kelak tidak ditaja oleh Umno.
Dengan pendirian ini, maka pada tarikh keramat tersebut, lahirlah sebuah persatuan ulama yang kemudiannya kekal berjuang sehingga hari ini, iaitu selepas 59 tahun ditubuhkan.
Dalam Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kelab Melayu Bagan, Butterwoth pada 24 November 1951 yang dirasmikan oleh Mufti Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim, nama Persatuan Ulama Se-Malaya telah ditukar kepada "Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)" dan tujuannya diubah kepada "menyelenggarakan tuntutan agama Islam dan siasah berdasarkan demokrasi" yang sekali gus mengubah PAS daripada pertubuhan kebajikan kepada parti politik Islam.
Semenjak daripada 20 Zulkaedah 1370 (23 Ogos 1951) yang bersejarah itu, Persatuan Ulama Se-Malaya atau kemudiannya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah bergerak maju ke hadapan bagi merealisasikan matlamat PAS untuk menegakkan nilai-nilai dan hukum Islam dalam masyarakat dan negara berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Selamatlah Persatuan Islam melangkah... menuju ke gerbang jasa.

http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=40628
Subscribe to:
Posts (Atom)