Thursday, September 25, 2008

What Happens When We Die?

They are searching for the truth, which were already stated in the Quran.

...Because we're pushing through the boundaries of science, working against assumptions and perceptions that have been fixed. A lot of people hold this idea that, well, when you die, you die; that's it. Death is a moment - you know you're either dead or alive. All these things are not scientifically valid, but they're social perceptions ... [ source ]

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak '
kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu.
Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Michael Jackson Turns 50 - What Went Wrong?

A middle-aged man donning pajamas in a wheelchair, looking haggard and fallible. His skin seems to be flaking beneath a surgical mask, covering the bottom half of his face. A pair of large sunglasses shields his resigned eyes. Welcome to the very sad world of MJ. Like most of us, I can’t help but to feel saddened by the way his life has panned out.

Michael JacksonMichael Jackson

What could have been: An experts’ image of Jackson (left) and how he looks today after surgery (right)

His record-breaking career seems like a thing of the past, and he has lost the fire over the years, ridden with debt, and feeling unmotivated. The fall of King of Pop, one of my favorite artistes growing up, and I’ve been lucky to have watched this genius graced Malaysia in 1996 - the greatest live act I’ve ever witness - MJ is a performer in a class of his own.

He has been emotionally devastated, unable to bounce back, from 2 court cases over the years. These days, he seemed more disoriented, his face expressionless. He would never be the same again. MJ, as you know, have never lived his childhood, as a result of his stardom.

He tried to relieve his childhood by creating Neverland, and surrounded himself with children, animals and a false reality - so much so that he never learned how to cope in the real world. Alone in his madness, he became gradually weirder, and no one seemed to care. It didn’t matter that Jackson was found not guilty. He was ruined - not just his reputation, but his self-esteem, too.

No one made records like him. Thriller, released in 1982, remains the biggest-selling album of all time with 100 million sales, and Jackson still commands an audience - if he wants it. In Jackson’s defence, the standards of excellence he set himself so many years ago are so high that they’re practically impossible for even him to meet! [ source ]

Wednesday, September 24, 2008

Islamic State


Penulis : Abdelwahab El-Affendi,
Kata Pengantar oleh Ziauddin Sardar.
Penerbit : Malaysia Think Tank London 2008
200 mukasurat

Istilah negara Islam boleh menyebabkan ramai yang tak senang duduk. Ramai yang takutkan istilah negara Islam seperti takutkan hantu. Boleh cerita berjela-jela tentang hantu, tetapi, bila ditanya, rupanya tak pernah nampak pun bayang hantu. Bila bercerita, naik bulu roma kita mendengarnya.

Begitulah nasib istilah negara Islam. Ramai yang bercakap macam faham benar dengan makna negara Islam. Ramai yang boleh bertekak bila mendengar istilah tersebut. Yang mendokong istilah itu sanggup mati syahid jika ada yang menentang negara Islam. Mereka yang menentang negara Islam mungkin dianggap mengkhianati Islam.

Mereka yang menentang negara Islam pula sanggup mati bila ada puak yamg mahu menegakkan negara Islam. Ada yang seumur hidupnya digunakan untuk menentang sebarang usaha ke arah menubuhkan negara Islam. Hatta yang lumpuh pun boleh bangkit dari kerusi roda bila mendengar ada yang mahu menegakkan negara Islam.

Apa yang saya musykilkan, adakah pihak yang menyokong dan menentang itu telah bersetuju takrif negara Islam yang mana satu yang mereka perdebatkan? Yang menentang tidak mahukan negara Islam yang berasaskan prinsip teokrasi sedangkan yang mahukan negara Islam menyangkal dan menegaskan bahawa negara Islam yang diinginkan menjunjung prinsip demokrasi dan keadilan.

Istilah negara Islam sebenarnya adalah istilah baru yang mula popular setelah kejatuhan Khilafah Usmaniah Turki pada tahun 1924. Jatuhnya Khalifah yang terakhir membuatkan umat Islam hilang simbol penyatuan umat. Bermulalah gerakan-gerakan Islam yang mahu mengembalikan pemerintahan Islam. Idea mengembalikan kedaulatan khilafah bermula dengan tokoh-tokoh seperti Jamaludin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Redha. Ini dituruti dengan Hasan Al-Banna yang menjadi pelopor kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir, Gerakan Islam Jamaati Islam di benua India dan lain-lain gerakan Islam di seluruh dunia. Di sebelah Nusantara, gerkan Islam dipelopori oleh Masyumi di Indonesia dan kemudiannya diteruskan oleh PAS di Malaysia.

Tahun 70-an menyaksikan semaraknya perjuangan ke arah berdaulatnya syariah dan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat. Kemenangan Mujahidin di Afghanistan melawan Soviet dan juga tercetusnya Revolusi Islam di Iran telah membangkitkan semangat anak muda untuk kembali mengamalkan Islam sebagai adden atau cara hidup.

Senario inilah yang mempopularkan istilah negara Islam yang membawa maksud mahu mengamalkan Islam secara keseluruhannya termasuk dalam bagaimana mengurus negara. Pendokong gerakan Islam berpendapat Islam secara keseluruhannya tidak dapat dilaksanakan tanpa wujudnya negara dan kekuasaan.

Buku berjudul `Who Needs an Islamic State’ ini adalah tulisan Dr Abdelwahab El-Affendi, Pensyarah kanan di the Centre for the Study of Democracy, University of Westminster, London. Buku ini ditulis pada tahun 1991 tetapi telah diterbitkan semula oleh Malaysian Think Tank Of London.

Buku ini menarik untuk dibaca kerana ianya membawa wacana yang segar tentang bagaimana konsep negara Islam boleh dilaksanakan dalam negara moden yang mengamalkan prinsip demokrasi. Penulis berpendapat negara Islam mestilah mengamalkan prinsip syura dan konsultansi dalam melaksanakan sebarang hukum. Penulis menolak konsep paksaan dalam melaksanakan Syariah. Perlaksanaan Syariah perlu dilakukan melalui dialog dan perbincangan dan perlu diterima secara sukarela. Beliau telah menyingkap sejarah silam di mana ramai pemimipin Islam yang bila dilantik menjadi telah menggunakan kuasa untuk melaksanakan hukum secara autokratik dan mengenepikan prinsip syura dan muafakat. Lebih buruk lagi bila menggunakan alasan agama.

Sebenarnya inilah juga yang ditakuti oleh para penentang konspep negara Islam dewasa ini. Mereka bimbang apabila para pendokong gerakan Islam mendapat kuasa melalui demokrasi, akan merubah prinsip demokrasi dan melaksanakan hukum agama yang mungkin bertentangan dengan jiwa mereka yang mahukan kebebasan.

Inilah sebenarnya cabaran sebenar pendokong gerakan Islam dalam menyampaikan dakwah dan pesanan kemurniaan Islam kepada semua, termasuk kepada mereka yang menentang konsep negara Islam. Jika benarpun mahu menentang, biarlah selepas jelas dengan maksud dan istilah negara Islam. Biar kita bersetuju untuk tidak bersetuju atas makna yang sama. Saya berharap kelahiran semula buku ini akan merancakkan perbincangan tentang negara Islam di dunia modern. Mungkin ada yang tidak akan setuju dengan sesetengah idea di dalam buku ini, tetapi ianya tetap menarik untuk dikaji dan dibincang oleh pendokong dan penentang konsep negara Islam. [sumber]

School shootings timeline

March 1997: YEMEN - A man with an assault rifle attacked hundreds of pupils at two schools in Sanaa, killing six children and two others. He was sentenced to death the next day.

March 1998: USA - At Westside Middle School in Jonesboro, Arkansas, two boys aged 13 and 11 set off the fire alarm and killed four students and a teacher as they left the school.

May 1998: USA - In Springfield, Oregon, a student opened fire in Thurston High School, killing two students and injuring 22. The boy’s parents were later found slain in their home.

April 1999: USA - Two student gunmen killed 12 other students and a teacher at Columbine High School in Littleton, Colorado, before killing themselves.

June 2001: JAPAN - Mamoru Takuma, armed with a kitchen knife, entered the Ikeda Elementary School near Osaka and killed eight children. Takuma was executed in September 2004.

January 2002: USA - A student who had been dismissed from the Appalachian School of Law in Grundy, Virginia, killed the dean, a professor and a student, and wounded three others.

February 2002: GERMANY - In Freising, in Bavaria, a former student thrown out of trade school shot three people before killing himself. Another teacher was injured.

April 26, 2002: GERMANY - In Erfurt, eastern Germany, a gunman opened fire after he said he was not going to take a maths test. A total of 18 people died, including the assailant.

September 1, 2004: RUSSIA - 333 hostages, at least 186 of them children, died in a chaotic storming of School No 1 in Beslan, after it was seized by rebels demanding Chechen independence.

March 21, 2005: USA - A 16-year-old high school student shot dead five students, a teacher and a security guard at the same school at Minnesota’s Red Lake Indian Reservation. He had also killed his grandfather and his grandfather’s companion elsewhere on the reservation.

September 13, 2006: CANADA - Kimveer Gill opened fire at Montreal’s Dawson College killing one student and injuring 19. Gill killed himself after a battle with police.

October 2, 2006: USA - Charles Carl Roberts, a dairy truck driver, attacked a one-room Amish school in rural Pennsylvania, shot ten girls, killing five of them, before killing himself.

April 16, 2007: USA - Gunman Seung-Hui Cho killed 32 people and wounded 15 at Virginia Tech University in the deadliest campus shooting in US history.

November 7, 2007: FINLAND - Pekka-Eric Auvinen killed six fellow students, the school nurse and the principal and himself with a handgun at the Jokela High School near Helsinki.

February 8, 2008: USA - A nursing student killed two women and then herself in front of classmates at Louisiana Technical College in the state capital, Baton Rouge.

February 14, 2008: USA - A man fired into a lecture hall packed with students at Northern Illinois University near Chicago, killing five people and wounding 18 before killing himself.

September 23, 2008: FINLAND - A student opened fire in a vocational school in Kauhajoki in northwest Finland, killing nine people and wounding himself.[source]

Monday, September 22, 2008

Woman had sex with boy

Woman had sex with boy
SYDNEY - A MARRIED mother of three from the United States was convicted in an Australian court Tuesday of having underage sex with a 15-year-old boy she met on the Internet.

The Bendigo county court in Victoria state heard that Barbara Case, 33, flew to Australia from her hometown of Lyndhurst, Virginia, in May and spent 10 days with the boy in a holiday park cabin before being arrested.

She admitted having sexual intercourse with a child under the age of 16 and was sentenced to 16 months in jail, suspended for two years on condition she does not commit a similar offence.

Case, who spent more than three months in custody after her arrest, wept when she realised she would be allowed to walk free immediately and return to her family in the US as soon as possible.

The court heard Case met the boy through an online game called Runescape on Christmas Day last year.

'You knew he was 15, and you corresponded regularly,' judge Tim Wood told her during sentencing.

'You understand your conduct was inexcusable and morally wrong.'

The judge noted that Case had been suicidal and suffered from postnatal depression after the birth of her third child in 1999 and said she was unlikely to re-offend.

She was arrested after the boy's parents became concerned and contacted police.

Case told reporters outside the court she had missed her children.

'She wants to put it all behind her now,' said her lawyer, Megan Aumair.

Case has been placed on a sex offenders register for life. -- AFP [ source ]

Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat : 
KEPIMPINAN ISLAM

Muslimin yang dirahmati Allah….

Dari mimbar khutbah yang mulia ini, ingin saya mengajak diri saya dan kaum muslimin sekelian yang hadir marilah kita sama2 meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah swt dengan sebenar2 takwa. Takwa dalam erti kata mentaati, mematuhi dan menjunjung segala perintah Allah swt serta dimasa yang sama menjauhi dan meninggalkan segala bentuk larangan dan maksiat kepada Allah swt.

Muslimin sidang Jumaat sekelian ..

Allah swt telah berfirman di dalam surah al-a’raf ayat 40 yang berbunyi:

إن الذين كذبوا بئاياتنا و استكبروا عنها لا تفتح لهم أبواب السماء و لا يدخلون الجنة
حتى يلج الجمل في سم الخياط و كذلك نجزى المجرمين

Maksudnya: ( Sesungguhnya orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan menyombong diri, memandang rendah terhadapnya, sekali2 tidak akan dibuka pada mereka pintu2 langit dan tidak pula mereka akan dimasukkan ke dalam surga,hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang2 yang berbuat kejahatan )

Muslimin sidang Jumaat sekelian….

Al-quran yang diwahyukan kepada manusia adalah sebaik2 petunjuk, pusaka abadi, mukjizat nabi sepanjang zaman yang tiada tandingan dan mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan manusia sejagat. Dengan sifatnya sebagai pedoman kepada manusia, maka adalah wajib bagi manusia mematuhi, menuruti segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. apatah lagi dalam menghadapi kemelut kemanusiaan yang melampaui batas serta kebejatan manusia yang merata pada hari ini.

Bahkan, akhir2 ini kita tidak nafikan bahawa peranan al-quran sangat terasing dikalangan kaum muslimin sendiri. Ada yang berpaling, memandang rendah, menghina dan mencemuh bila diminta agar perundangan, syariat dan hukum Allah ditegakkan dan dilaksanakan di bumi Allah umumnya dan di tanahair kita , Malaysia yang tercinta ini khususnya.

Mereka berpaling dan tidak menjadikan al-quran sebagai imam dan menolak seruan al-quran kerana tidak sesuai dengan keinginan hawa nafsu mereka.

Muslimin yang dirahmati Allah …

Diantara pusaka penting yang ditinggalkan oleh rasulullah saw ialah acuan agar mendirikan sebuah Negara dan pemerintahan berlandaskan syariat Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh al-quran dan as-sunnah. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw telah melaksanakan suatu kewajipn yang amat besar di Madinah iaitu kewajipan mendirikan masyarakat dan Negara. Allah swt telah berfirman dalam surah al-haj ayat:41 yang berbunyi

الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الوزكوة و أمروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور

Yang bermaksud: ( Orang2 yang kami berikan kekuasaan kepada mereka untuk memerintah bumi,mereka mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,menyuruh kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah kembali segala urusan )

Rasulullah saw. telah menafsirkan ayat ini secara praktikal apabila baginda mengumpulkankan para sahabat yang telah dibina akidah bersama dengannya bagi menunaikan kewajipan pemerintahan berlandaskan wahyu Allah swt. yang mana pemimpin2nya adalah seorang yang menunaikan sembahyang serta menyeru rakyat jelata di bawah pimpinannya mendirikan sembahyang serta mengajak rakyatnya taat kepada Allah swt.

Sesungguhya sembahyang melahirkan pemimpin2 yang bertanggungjawab dihadapan Allah swt, pemimpin2 yang kenal dosa-pahala, kemudian mereka memerintah dengan adil saksama, menunaikan hak terhadap masyarakat disamping itu mereka juga mengeluarkan zakat dan mengagihkan pada yang berhak yakni golongan fakir dan miskin agar kekayaan Negara tidak berpusing dikalangan mereka yang kaya sahaja .

Pada waktu yang sama mereka disuruh untuk menunaikan hak kewajipanmentadbir Negara berteraskan al-quran dan as-sunnah kerana sesungguhnya kestabilan, keharmonian hidup manusia adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt selaku Pencipta.

Oleh itu jika pemimpin yang diberi mandat untuk memerintah tetapi menafikan peraturan Allah swt maka mereka akan menghadapi pelbagai kesulitan dan pelbagai masalah yang tiada penyelesaian.

Ini kerana setiap masalah itu datangnya dari Allah dan penyelesaiannya juga adalah dari Allah swt. Kerana itu kedua2 sumber peraturan hukum Islam yakni al-quran dan as-sunnah saw yang menjanjikan janji - janji yang pasti akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat selama mana umat itu berpegang teguh dengan kedua2nya.

Imam As-Syafie rhm menegaskan dalam satu ungkapan yang masyhur iaitu:Tidak ada kata2 yang setanding seperti Al-quran atau As-Sunnah. Tidak seorang pun dikalangan manusia dibenarkan untuk berkata bahawa sesuatu itu halal atau haram melainkan perkhabaran yang menyebut bahawa ianya hanya boleh dilakukan oleh Al-quran, sunnah nabi, ijma ataupun qias.

Muslimin sidang jamaah sekelian …

Pemimpin2 juga mestilah dipilih dan dilantik daripada kalangan yang berakhlak mulia serta bersama2 menegakkan amal maaruf dan mencegah kemungkaran serta maksiat. yang baik disuruh dan diamalkan, manakala yang wajib dipaksa oleh pemerintah utuk menunaikannya, yang sunat digalakkan dan yang haram minta ditinggalkan.

Mereka juga mestilah tergolong dikalangan orang yang benci terhadap maksiat dan tegas menutup segala lubang2 dan pintu2 maksiat di dalam Negara. Inilah saudara2ku model pemerintahan islam yang dilaksanakan oleh generasi terdahulu.

Kita lihat bagaimana generasi awal yang dibentuk Rasulullah saw juga telah berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang kuat berpandukan al-quran. Kebijaksanaan Rasulullah yang dikawal selia oleh Allah swt telah mendidik umatnya, menjadikan umat islam ketika itu bukan sahaja berjaya melaksanakan hukum Allah, malah mereka jua berjaya menarik minat manusia2 lain, sehingga nur islam tersebar dan keindahan islam dinikmati manusia yang berada di bawahnya sehingga islam menjadi pemimpin kepada seluruh umat manusia di dunia ini.

Muslimin sidang jamaah sekelian …

Itulah betapa indahnya apabila islam menguasai muka bumi. Hidup pastinya akan makmur bila pemimpin2nya dikalangan yang beriman, yang melaksanakan segala perintah ai-quran, menjungjung syariat Allah dan mendaulatkan islam sebagai addin.

Bahkan kita disini pastinya tertunggu2 dan merindui agar Islam kan subur serta kembali gemilang khususnya di Negara kita. Bilamana apa yang jelas digambarkan dengan apa yang dialami oleh umat islam hari ini, suasana yang dikelilingi kepincangan dan kemusnahan.

Umat Islam dihina, hilang izzah dan diperbodohkan oleh orang lain yang senantiasa menaruh dendam, dengki dan benci terhadap perkembangan islam. Mereka mempersendakan ajaran atau hukum perundangan Islam , mendustakan dan memandang rendah terhadap ayat2 Allah dan lebih meyakini undang2 ciptaan manusia itu lebih layak diterima pakai di dalam system pemerintahan Negara dan hukum al-quran hanya dipilih bila menepati selera dan membawa keuntungan kepada mereka sahaja.

Rasulullah saw. telah melahirkan kebimbangan terhadap umatnya bahawa yang akan berlaku di akhir zaman apabila umat islam dipimpin oleh pemimpin2 yang memesongkan mereka daripada ajaran islam. Maka ulama telah memastikan agar dasar ini terpelihara dalam urusan memilih pemimpin, mereka telah menulis di dalam kitab2 feqah bahawa orang yang akan menjadi pemimpin orang islam bukan sahaja daripada kalangan orang islam yang beriman, tetapi tidak melakukan dosa besar, tidak berkekalan dalam melakukan dosa kecil dan tidak boleh melakukan perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang yang beriman.

Malah mereka memahami islam dan mampu menyelesaikan masalah semasa berpandukan ketetapan Allah swt.

Muslimin yang dirahmati Allah sekelian 
…

Sebagai seorang muslim maka mestilah di dalam hati ada keyakinan bahawa hukum Allah swt sahajalah yang mampu memberi jaminan dalam menyelesaikan sebarang permasaalahan hari ini.

Sebab itu setiap orang mesti bercita2 agar terlaksana hukum Allah di muka bumi ini. Sebagaimana ayat al-quran yang saya bacakan diawal khutbah tadi, mana2 orang yang mendustakan ayat2 Allah tiada tempat mereka di sisi Allah swt. maka tiga ( 3) balasan Allah di dunia dan satu ( 1 ) balasan yang menanti di akhirat, iaitu mereka yang menolak kebenaran Al-quran dan mengatakan hukum Al-quran tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini.

Mereka ambil undang2 lain selain Al-quran dan mereka angkuh menyombong diri, di dunia doa mereka tidak diterima, amal ibadah tertolak dan bila mati roh mereka tidak di angkat ke langit dan di negeri akhirat mereka diharamkan memasuki syurga Allah.

Allah membuat perbandingan mereka tidak akan masuk syurga sebagaimana mustahilnya seekor unta yang besar memasuki lubang jarum. Demikian jugalah Firman Allah di dalam surah Al.A’raf ayat:36

و الذين كذبوا بأياتنا و استكبروا عنها أولئك أصحاب النار هم فيها خالدون

Maksudnya: Dan orang2 yang mendustakan ayat2 kami dan menyombong diri terhadapnya.mereka itu penghuni2 neraka,mereka kekal di dalamnya. 
Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah ….

Pada akhir2 ini, umat islam dilanda satu bencana yang telah diberi amaran oleh nabi saw. iaitu apabila mereka memilih pemimpin daripada kalangan orang yang jahil tentang agama, memahami Al-quran dan as-sunnah. Mereka mempermainkan agama kerana tidak faham selok-belok agama.

Mereka memuji artis sementara ulama dihina dan fatwa mereka dinyah ketepi. Al-quran hanya dipertandingkan dan menjadi hiasan di dinding2 tetapi penghayatan terhadap al-quran jauh sekali. Sebab itu Allah memberi amaran di dalam al-quran yang berbunyi:

و من أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا و نحشره يوم القيامة أعمى

Maksudnya:Dan barangsiapa yang berpaling dari perintahku,maka baginya kehidupan yang sempit.Dan kami akan bangkitkan mereka di hari qiamat dalam keadaan buta. ( Thoha:124 )

Apakah punca sesuatu umat itu ditimpa kehidupan yang sempit.

Pertamanya :

Bilamana manusia itu engkar terhadap suruhan Allah. Engkar melaksanakan perintah Allah. Yusuf Qardawi, seorang ulama terbilang menyatakan:Keengkaran, apabila berlakunya kepada semua sama ada pemerintah, rakyat maupun individu perseorangan., maka Allah telah khususkan bagi mereka yang engkar kepada Allah swt dengan ,

3 amaran ayat Allah untuk para pemerintah
1 ayat amaran Allah utk rakyat dan
1 ayat utk setiap individu.

Apa ayatnya utk pemerintah ? Ayat 44, 45, 47 surah al-maidah:

Maksudnya:Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah yakni Al-quran maka mereka termasuk dikalangan orang2 yg kafir ( ayat 44.) ..zalim ( 45. )...fasik ( 47 )

Ayat untuk rakyat surah an-nisa ayat:65 yang berbunyi:

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا في أنفسهم حرجا مما قضيت و يسلموا تسليما

Maksdnya: Maka demi tuhan pada hakikatnya mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap apa yang mereka selisihkan, kemudian mereka tidak rasa dalam hati mereka keberatan terhadap keputusan yg kamu berikan, dan mereka terima dgn sepenuh hati.

Untuk individu, surah Al-ahzab ayat: 36 yg bermaksud:

و ما كان لمؤمن و لا مؤمنة إذا قضى الله و رسوله أمرا أن يكن لهم الخيرة من أمرهم
و من يعص الله و رسوله فقد ضل ضلالا مبينا

Tidak patut seorang lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan rasul menetapkan suatu hukum mereka memilih hukum yang lain mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulnya maka sesungguhnya mereka telah sesat dgn sesesat2nya. Muslimin sidang jamaah sekelian :

Antaranya mengapa umat manusia sempit kehidupannya ialah kerana hilang keberkatan dalam hidup, keruntuhan akhlak berleluasa, kehidupan rakyat terhimpit dengan keruntuhan ekonomi, minyak dan barang2 seharian semakin mahal dan sebagainya yang mana kesempitan itu akan dirasai oleh semua, tidak kira siapa apatah orang miskin dan fakir yang mengharapkan ehsan untuk sesuat nasi atau tempat bertedah dari hujan dan panas.

Muslimin sidang jumaat sekelian


Kita lihat hari ini bagaimana masjid dibina dengan megah dan bangga tetapi kosong dari roh takwa, dibina tanpa mempedulikan mereka yang meninggalkan solat. Maksiat tersebar luas bagaikan banjir yang tak dapat dihalang.

Apabila pemimpinnya jauh dari menghayati ajaran agama maka rakyat juga akan hanyut dibawa arus kemusnahan. Allah telah menunjukkan kepada kita tanda kepincangan ini yang juga merupakan tanda kemusnahan dunia dengan tersebarnya penyakit2 yang tiada ubat dan penawarnya sehingga menghancurkan sesebuah masyarakat.

Itulah hukuman Allah yang diturunkan sebelum hukuman sebenar di akhirat. Oleh itu setiap pemimpin,rakyat dan individu mukmin wajib kembali kepada hukum Allah dan menjauhi segala maksiat yang menjadi pokok pangkal turunnya azab dan bala daripada Allah swt.

Suatu ketika kota Mekah dilanda kemarau yang panjang. Telah datang Al-Abbas kepada Umar al-khattab. Katanya; Wahai Umar , mari kita bersembahyang sunat memohon hujan.

Maka Umar pun memimpin rakyatnya bersembahyang meminta hujan. Apabila selesai, Umar mengangkat tangan dan tidak membaca doa meminta hujan tapi hanya beristigfar 3 kali. Sahabat pun bertanya: wahai Umar mengapa engkau tidak berdoa meminta hujan? Jawab Umar: Wahai sahabatku aku khuatir dan bimbang kalau punca Allah tidak menurunkan hujan kerana ada di kalangan kita yang melakukan maksiat dan dosa kepada Allah.

Muslimin yang dirahmati Allah swt…

Marilah di hari yang mulia ini sama2 kita menginsafi diri, bahawatanggungjawab kita adalah sangat besar iaitu mengembalikan urusan Islam kepada umat Islam serta memastikan Islam terlaksana dalam negara kita.

Siapa sahaja yang terpilih dan dipilih oleh rakyat , pada hari esok , mereka akan memikul amanah Allah supaya agama Allah didaulatkan pada makam yang tertinggi. Justeru itu Bijaklah memilih pemimpin, kerana seorang pemimpin akan memimpin siapa yang dipimpinnya sama ada ke jalan syurga atau neraka dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan orang yang dipimpinnya.Setiap rakyat diperintah mentaati pemimpin selama mana ianya tidak berlawan dengan kehendak Allah dan Rasul. [sumber]