Friday, October 19, 2007

HIBURAN TANPA PRINSIP

Artikel dari Blog Mokhzani

Assalamualaikum wbt.. :)

Apa khabar semua? Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua pengunjung Inazhkom.blogspot.com ini. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana tidak jemu-jemu melawat weblog saya yang amat jarang sekali saya update sekarang. InsyaAllah saya cuba membuat sekadar yang termampu memandangkan masa yang ada amat terhad sekali buat masa ini. Sokongan yang diberikan oleh semua amat saya hargai.

Semalam saya sedang menjenguk-jenguk website yang memberikan statistik pelawat yang hadir ke blog ini. Alhamdulillah, walaupun di luar jangkaan saya, ternyata blog ini masih ada peminat setia yang sentiasa melawat. Walaupun bilangannya tidaklah ramai, tetapi setiap hari ada saja yang melawat. :) Saya tertanya-tanya dari mana anda semua datang? Melalui website tersebut saya boleh mengetahui dari mana anda klik weblog saya ini. Rupa-rupanya ada antara yang masuk ke sini melalui laman web Ukhuwah.com Weblog Ranking List. :D Wah! tak sangka blog saya ada yang vote hehe.. Sekarang ni no. 49, not bad. hehe.. Saya ucapkan terima kasih kepada yang vote itu. Takdela saya mengharapkan sangat, tapi saya sangat gembira kalau anda semua sudi untuk berkongsi ilmu-ilmu yang ada di sini dengan orang lain. :)

Walaupun apa yang akan saya utarakan ini mungkin boleh menjejaskan prestasi blog saya dalam ranking tersebut, tapi saya rasa saya perlu berbuat demikian. Walaupun saya tahu Ukhwah.com adalah antara fan club Hijjaz yang paling besar, tapi saya rasa perkara yang saya akan cakap ini adalah sesuatu yang perlu untuk memperbaiki suasana.

Saya rasa telah lebih dari 10 tahun arena nasyid kontemporari bertapak di negara ini. Dan sejak daripada itu banyak kisah suka duka, jatuh bangun kumpulan-kumpulan nasyid di negara ini mendapat perhatian daripada banyak pihak. Daripada zaman kumpulan nasyid De' Zikr sampailah ke Mawi dan lain-lain lagi penyanyi nasyid samada berkumpulan ataupun solo, muzik nasyid kontemporari telah membawa satu nafas baru kepada peminat seni tanahair yang sentiasa mahukan satu bentuk hiburan yang berunsurkan ketuhanan. Dan untuk pengetahuan anda semua, saya jugak adalah salah seorang daripada peminat nasyid kontemporari tanahair.

Antara kumpulan yang sentiasa saya minati ialah Hijjaz dan anak-anak didiknya iaitu In-Team, Mestica, UNIC dll lagi. Mungkinlah anda beranggapan saya ini jiwang. :D Tapi biasalah, masa itu jiwa muda memang begitu. Bak kata orang, tengah kemaruk nak berkawin. :P Pada masa itu In-Team terkenal dengan lagunya yang banyak berunsur jiwang-jiwang. Dan ia bolehlah diibaratkan satu arus perdana dalam arena nasyid pada ketika itu. Ada juga ustaz-ustaz yang tidak bersetuju dengan lagu-lagu yang dibawakan dan ia terus disuarakan sehinggalah sekarang. Antara ustaz-ustaz yang lantang dalam hal ini ialah Ust. Maszlee dan juga Ust. Hasrizal. Tapi biasalah, kita orang muda-muda lagi, apa kisah sangat akan hal-hal tersebut, layan tetap layan. :) (ini saya lah, mungkin sahabat-sahabat lain tidak begitu)

Namun begitu kita dikejutkan dengan berita In-Team menarik diri mereka daripada jagaan Hijjaz Records kepada syarikat mereka sendiri. Mungkinlah ada antara kita memikirkan bahawa mereka sudah boleh berdiri sendiri dan mahu buat bisnes sendiri. Saya juga berfikir begitu pada mulanya. Dan biasalah sebagai "die hard fan" In-Team, saya masih lagi membeli CD original mereka. Ternyata lagu-lagu yang dibawakan dalam album terbaru In-Team "Tiada Lagi Kasih" tidak sama dengan waktu mereka bersama Hijjaz. Lagu mereka lebih matang dan lebih ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Tiada lagi istilah-istilah cinta ataupun kasih sayang sesama manusia (mungkin sebab itu tajuk album itu dipilih kot), tetapi lebih kepada menjadi insan yang bertakwa dan cintakan akhirat. Seolah-olah kini mereka bebas daripada belenggu Hijjaz yang ingin mereka membawa lagu-lagu cinta.

Persoalannya di sini ialah, adakah In-Team keluar daripada Hijjaz Records kerana tidak lagi mahu untuk membawa lagu-lagu cinta ataupun memang betul-betul kerana nak buat bisnes sendiri? Jawapannya hanya In-Team dan Hijjaz sahaja yang tahu. Apa yang pasti In-Team telah membuat keputusan yang bijak dan tidak lagi dikongkong oleh orang lain dalam memilih jalan untuk masa hadapan yang cerah. Sekiranya benar In-Team memilih untuk bersendiri kerana tidak mahu lagi mendendangkan lagu-lagu cinta, ini ternyata In-Team ada prinsip tersendiri dan berpegang kepada prinsip tersebut. Inilah "Hiburan Berprinsip" yang kita mahukan. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip yang kukuh kepada Islam dan tidak berganjak daripadanya. Sekiranya In-Team sudah mula beralih kepada berpegang dengan prinsip ini, maka kita sebagai pendengar sepatutnya memberikan sokongan kepada mereka.

Apa pula yang telah terjadi kepada Hijjaz? Well, bisnes mereka masih berjalan lancar.. Dengan anak-anak didik yang masih setia iaitu Mestica dan UNIC. :) Juga fan club yang besar yang sentiasa menyokong di belakang iaitu Ukhuwah.com. Cumanya nasihat saya kepada peminat-peminat Hijjaz dan mana-mana juga kumpulan nasyid, janganlah kita meminati satu-satu kumpulan, parti ataupun apa-apa sahaja firqah sehingga kita mengenepikan prinsip-prinsip Islam. Pastikan dari semasa ke semasa prinsip-prinsip Islam itu dijaga dan tetap dipegang teguh. Barulah kita menjadi peminat-peminat yang berprinsip dan tidak minat membabi buta. Ini supaya kalau orang yang kita minati itu masuk gaung, maka kita tidaklah turut sama masuk gaung. :)

Saya tidak mengatakan Hijjaz masuk gaung.. Tapi menurut pengamatan saya, Hijjaz sudah hampir-hampir masuk gaung. :) Kenapa saya berkata demikian? Sudah pasti saya tidak mengatakan apa yang tidak saya ketahui. Baru-baru ini saya menyaksikan sendiri bagaimana Hijjaz dan Ina Naim (bekas tunang Mawi) menyanyi bersama-sama di atas satu pentas dalam rancangan Zoom In. Reaksi pertama saya ialah.. "Hijjaz ke ni?" :) Kepada sahabat-sahabat yang faham, mungkin tak perlu diterangkan lagi kenapa saya merasakan penampilan Hijjaz dalam keadaan begitu adalah amat memalukan sekali buat satu kumpulan nasyid yang kedua terbesar di negara ini selepas Raihan.

Buat anda yang masih belum faham, biarlah saya utarakan satu dua perkara yang berkaitan untuk sama-sama kita fikirkan.

1. Hijjaz menyanyi di atas pentas sekali dengan Ina Naim iaitu seorang muslimat. Logik ke kumpulan nasyid buat macam tu? huhu
2. Hijjaz menaja Ina Naim untuk menjadi seorang artis nasyid yang mana Ina Naim ialah seorang perempuan yang mana sepatutnya Hijjaz tahu bahawa orang pompuan takleh menyanyi kerana suara mereka adalah aurat apatah lagi bila dilenggok-lenggokkan sebegitu.
3. Hijjaz menaja Ina Naim seorang yang kontroversi apabila Mawi sendiri memutuskan pertunangannya dengan Ina. Ina pulak buat buku pasal kisah cinta dia dengan Mawi. Pendek kata Ina ni bermasalahlah.

Jadi saya ada beberapa persoalan buat Hijjaz. Adakah Hijjaz sudah mula fikirkan dunia semata-mata dengan mengambil Ina sebagai artis yang mana boleh melariskan jualan dan mendapat publisiti murahan memandangkan ada sejarah silam bersama Mawi? Adakah Hijjaz sudah mula lupa akan prinsip-prinsip Islam yang dilaungkan dalam lagu-lagunya? Di manakah Hijjaz yang dulu, yang sentiasa melaung-laungkan kalimah keinsafan kepada Allah swt?

Saya sebagai bekas peminat Hijjaz mengharapkan persoalan ini dapat dijawab oleh Hijjaz. Janganlah semata-mata kerana inginkan populariti kita mengenepikan persoalan prinsip dalam Islam. Janganlah membawa hiburan tanpa prinsip. Kerana ini akan membawa kita lebih jauh daripada Allah swt, bukannya mendekatkan kita kepadanya.

-Rintihan hati seorang peminat muzik nasyid tanahair. :)

Wednesday, October 10, 2007

Wanita Seksi Perlu Fikir Dua Kali

Telah lama persoalan ini bermain di fikiran saya. Ia adalah mengenai isu wanita yang suka berpakaian seksi dengan niat atau tidak untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai.

Tidak dinafikan bahawa ramai antara mereka berfikiran bahawa a adalah satu trend yang perlu diikuti. Mereka yakin bahawa trend tersebut adalah biasa dan dibiasakan untuk mengelak dari dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan sebagainya.

Ada pula diantara mereka bukan sahaja berpakaian malah mendaikan cara hidup wanita barat sebagai jalan menuju kebahagian hidup alam remaja. Disko dan party yang mereka adakan pada larut malam telah menjadi kebiasaan yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Manusia berfikiran waras dan rasional lebih Islam

Di sini saya senaraikan beberapa laman web yang saya temui ketika membaca artikel-artikel berkenaan filem-filem yang menayangkan aksi budak bawah umur dirogol yang malangnya diterima oleh undang-undang mereka atas sebab-sebab seni atau 'arts' atau lain-lain sebab yang saya malas nak fahamkan atau baca.

Link ini saya senaraikan hanya kerana ia bertepatan dengan apa yang saya fikirkan sebagai seorang islam. So mana-mana yang tidak menpati Islam perlu diabaikan.

http://geraldhibbs.blogspot.com/2007/01/casual-sex-is-hazardous-to-womans.html
http://geraldhibbs.blogspot.com/2007/01/more-proof-im-prude.html
http://www.opinionjournal.com/taste/?id=110009517

Setelah anda membaca posting di atas, tidakkah anda memikirkan betapa orang yang bukan Islam boleh berfikir secara logik dan menemui kebenaran. Inikan pula kita yang dari awal lagi telah memeluk Islam tapi kemudian tidak mengikuti ajaran Islam dalam konteks berpakaian dan lain-lain.

Wanita tidak menjaga batas Aurat

Saya sedikit sebanyak telah awal-awal lagi mengatakan bahawa mereka ini sungguhpun cantik dan seksi sebenarnya berfikiran pendek dan kurang matang. Ini kerana waktu mereka muda dan cantik itu tidak lah selama mana.

Baiklah kita boleh katakan selama 10 tahun mereka akan dipuji oleh mata yang memandang sedangkan bilangannya akan berkurang bila mereka telah mempunyai kesan-kesan penuaan yang amat mudah dapat dikesan.

Jadi anda ada adik, kakak, emak, saudara perempuan ingatkanlah mereka kerana mereka sebenarnya merosakkan diri mereka sendiri dalam sedar atau tidak. Oleh itu mintalah mereka berpakaian menutup aurat - yang sempurna.

Friday, August 31, 2007

Gambar Seks dan Lucah Boleh Menyebabkan Buta

"Islam telah lama menyuruh kita menjauhi sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita kepada zina. Sekarang saintis barat membuktikan kebenaran tersebut. Kajian dilakukan oleh Dr David Zald, dari Vanderbilt University di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.
Akhbar, majalah, novel, televisyen, filem malah komik di Malaysia , negara yang majoritinya umat Islam dilambakkan dengan gambar seksi dan ghairah untuk menarik pelanggan yang akhirnya bukan hanya membutakan hati umat Islam , malah membutakan mata kita semua.

Berikut ialah petikan kajian Dr David Zald :

Para penyelidik akhirnya menjumpai bukti apa yang budak-budak Katolik ketahui sejak sekian lama – gambar ghairah akan membuatkan anda buta. Kesannya sementara, akan tetapi para penyelidik menggesa kepada pihak majlis keselamatan jalanraya agar mengharamkan papan tanda iklan seksi terutamanya di jalan-jalan yang sibuk, supaya kemalangan dapat dielakkan.

Penemuan terbaru oleh ahli saikologi US itu mendapati mereka yang melihat gambar ghairah/seksi akan tidak dapat melihat imej yang terpapar selepas itu.

Para penyelidik ini mendapati mereka yang buta akibat rangsangan emosi ini menyebabkan mereka tidak nampak kenderaan lain atau pejalan kaki.

-tranung

Thursday, August 30, 2007

Nilai Tudung Wanita

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Allah mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersolat. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal solat lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Sunday, August 26, 2007

Definisi ‘Menarik’

Apabila ditanya 100 orang apakah definisi menarik, maka kita memperoleh 110 jawapan yang berbeza. Jenis menarik apakah yang kita miliki ataupun yang kita hendak miliki. Ada individu yang memiliki pelbagai faktor menjadi menarik yang pelbagai. Bagaimana pula definisi menarik itu mampu membahagiakan kita?

Faktor Fizikal Dapat dilihat
Melalui pandangan pertama, kita melihat seseorang itu menarik disebabkan faktor fizikal. Orang yang lebih tinggi dilihat lebih menarik daripada orang yang rendah. Jejaka yang berbadan kurus dan sasa dilihat lebih menarik daripada yang berisi dan gemuk. Gadis yang berkulit cerah lebih menarik daripada gadis yang berkulit kurang cerah. Apabila kita melihat ada individu yang memiliki kelebihan fizikal maka kita percaya mereka adalah tergolong dalam individu yang menarik.

Faktor Fizikal Membina Estim Diri
Ada seorang lelaki awal dua puluhan bertanya “benarkah orang yang tinggi lebih menarik daripada orang yang rendah?”. Kemudian saya bertanya kembali “apakah pendapat saudara?”. Dia menjawab “saya rasa orang yang lebih tinggi lebih berkeyakinan dan menarik” Mengapa lelaki itu berkata demikian? Jawapannya kerana dia seorang yang dianggap rendah berbanding rakan-rakannya yang lain.

Orang yang memiliki kelebihan fizikal membina konsep diri yang positif mengenai dirinya. Apabila seseorang lebih tinggi daripada rakan yang lain, pandangan pada persekitarannya lebih tinggi dan berbeza daripada orang lain. Maka apabila dia kemudiannya berjumpa sekumpulan orang yang lebih tinggi daripada dirinya, maka dia memperoleh pandangan yang agak berbeza daripada keadaan yang sebelumnya.

Saya suka mata awak”
Kita cenderung meminati sesuatu pada seseorang yang kita lihat menarik pada pandangan kita. Setiap orang ada minatnya tersendiri. Pada mata, pada gigi, lenggok jalan, cara gelak dan lain. Ia bukanlah segala-galanya tetapi cukup menjadi pembuka kepada perhubungan yang lebih mendalam.

Jangan Tertipu dengan Menarik Fizikal
Walaupun menarik secara fizikal selalu memukau pandangan mata, selalunya kecantikan fizikal perlu digandingkan dengan kecantikan dan menarik yang lain. Bab seterusnya menerangkan faktor-faktor yang dimaksudkan. Apabila seorang yang menarik fizikal tetapi tidak memiliki penampilan yang sesuai dan kemahiran komunikasi yang baik, dia dilihat sebagai seorang yang membosankan.

Tidak perlu Tunggu jadi Model untuk jadi Menarik
Media kuat menyogok orang ramai tentang seorang yang menarik. Maka para selebriti dipertontonkan bagi memperagakan barangan berjenama. Akhirnya mereka menjadi trand setter kepada individu yang menarik. Bilakah kita akan jadi seperti Di Caprio ataupun Camaron Diaz? Jawapannya baiklah kita lupakan sahaja mimpi itu. Lihat diri kita yang sekarang dan katakan pada diri kita, kita sebenarnya seorang yang menarik tetapi kita sahaja tidak perasan. Tidak perlu tunggu wajah kita jadi macam Diaz ataupun sekacak Di Caprio, cukup kita boleh jadi individu menarik dengan apa yang kita miliki sekarang. “Sesungguhnya Tuhan menjadikan manusia sebaik-baik kejadian.” Fokuskan perhatian kita kepada perkara yang boleh kita perbaiki supaya menjadi individu menarik.

Citarasa Orang Pelbagai
Setiap ciptaan Tuhan itu tidak diciptakan hanya untuk sia-sia. Ramai beranggapan orang yang tidak memiliki ciri fizikal menarik tidak diminati dan dilihat menarik oleh orang lain. Mereka salah! Setiap orang ada yang menarik pada matanya walaupun tidak pada mata orang lain. Contohnya ada lelaki yang melihat wanita berkaca mata itu menarik dan cute walaupun orang lain tidak pula melihat sedemikian. “Macam mana kau boleh lihat si pulan itu cantik?” Tanya seorang kawan. “Kalau hendak lihat dia cantik, lihat daripada mata aku.”

Ada yang Suka Putih Ada yang Suka Hitam Manis
Walau apapun penampilan fizikal seorang, jangan risau kerana Tuhan menciptakan manusia dengan tidak sia-sia. Ada yang suka putih ada pula yang suka hitam manis. Nabi berkata “Sesungguhnya roh manusia seperti tentera yang terlatih.”

Hendak buat Pembedahan Plastik?
Sekiranya kita hendak buat pembedahan plastik, ia terpulang pada kita. Tetapi hakikatnya kita boleh menjadi seorang yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak. Tumpukan perkara yang boleh diperbaiki seperti kemahiran komunikasi, penampilan diri, membina sikap dan sifat yang disenangi oleh orang lain.

-Dr. Cinta

Sunday, July 8, 2007

Apabila dunia hiburan kita terbatas

Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas RAMAI wartawan menghubungi sayabertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan berbagai-bagai kontroversi. Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya.

Sebelum saya pergi lebih jauh, wajar dijelaskan terlebih dahulu bahawa
saya bukan antihiburan atau seni. Sebabnya, Islam itu bukan agama
antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan
disiplinnya.

Dalam sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w. datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa
orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang
bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang
daripada mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang
akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata
begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu.

Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian
seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang
salah. Hanya yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari ialah
Allah. Maka baginda membetulkannya.

Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau
hiburan agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini.

Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada
langsung rempah-ratus kehidupan yang diselang-seli oleh hiburan dan
keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh
menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.

Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita
berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah!
Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan
al-Tirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram
adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang
halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.

Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan
kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang
mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai
nyanyian seperti hadis al-Bukhari sebelum ini.


*Masjid

Bahkan baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid
sekalipun. Ini seperti hadis al-Bukhari. Kata Aisyah r.a: “Suatu hari
Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-

orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku
dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka.
Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Kamu
andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan.”

Hadis-hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati
hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Ini kerana hidup yang diciptakan
Allah akan menempuh berbagai-bagai situasi dan keadaan. Kadangkala ia
memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu
melegakan ketegangan urusan hidup. Juga hiburan membantu memeriahkan
acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau
Hari Raya.

Di samping itu, ada pula insan lain yang tidak memerlukan itu semua.
Maka hiburan bukan suatu kemestian tetapi suatu keizinan dan peluang
untuk insan. Atau paling tinggi suatu galakan Nabi untuk suasana
tertentu. Justeru, hiburan bukan fokus utama dalam masyarakat Islam. Ini
kerana, hiburan jika berlebih-lebihan maka ia akan mengganggu tumpuan
hidup umat yang agung iaitu menjadi khalifah dengan membina tamadun yang
bertunjangkan akidah dan pengabdian diri kepada Allah dan membawa rahmat
untuk manusia sejagat.

Keizinan Nabi untuk para sahabat menikmati hiburan dengan kadar yang
munasabah tidak pernah mengganggu mereka membawa misi agung yang disebut
oleh Rib’i bin Amir di hadapan angkatan tentera Parsi: “Allah yang
membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya
dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari
kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit
kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Malangnya, apa yang kelihatan dalam masyarakat Muslim kita, hiburan yang
merupakan keizinan untuk meredakan ketegangan urusan hidup atau sebagai
peluang menikmati keseronokan telah dijadikan fokus utama dalam
kehidupan. Media seakan mengajak generasi kita menumpukan sepenuhnya
kemampuan diri untuk berlumba-lumba di bidang hiburan. Sehingga jika
dilihat kepada media elektronik dan cetak, seakan tidak ada agenda lain
yang lebih utama dalam kehidupan generasi baru dari berhibur dan
berseronok sepanjang masa.

Hiburan yang diizinkan dengan kadar yang munasabah telah menjadi candu
dan barah yang membunuh tumpuan remaja dan para pemuda untuk membina
tamadun secara bermaruah dan merdeka.

Lebih buruk lagi, kebanyakan hiburan yang disebarkan itu bukan sahaja
tidak mempunyai nilai kesopanan dan tamadun, bahkan sebahagian adalah
lambang keruntuhan akhlak dan ketidakmerdekaan jiwa. Sebahagian yang
melibatkan diri dalam dunia hiburan itu; kisah, pakaian, bahasa dan gaya
mereka bukan sahaja tidak memperlihatkan kematangan dan tamadun, bahkan
menonjolkan ciri-ciri kebodohan diri. Lihat sahaja sesetengah adegan
lawak jenaka zaman kita atau aksi sesetengah artis.

Di samping itu, acuan atau reka bentuk hiburan itu sendiri gagal
menunjukkan jati diri umat yang mempunyai tamadun dan budaya yang
tersendiri. Lihat sahaja nama-nama program realiti hiburan yang
ditampilkan, kebanyakannya melambangkan jiwa yang tidak merdeka yang
menceduk dari reka bentuk sehingga ke nama program pun tidak mampu diubah.

Para penggiat hiburan, ramai yang menjadikan Barat kayu ukur dalam
kegiatan mereka. Maka sehingga ada yang merasai gelagat buruk artis
Barat sama ada Paris Hilton atau Britney Spears atau seumpama mereka
mempunyai nilai seni yang tersendiri.

Mereka lupa bahawa Barat sedang mengalami keruntuhan moral yang parah
disebabkan para artisnya. Nilai-nilai buruk dan hodoh telah bertukar
menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka sehingga merosakkan
ikatan keluarga, budaya asal mereka bahkan agama mereka sendiri. Para
artis mereka adalah lambang dan penyumbang kepada keruntuhan tersebut.

Namun Barat masih mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya mereka telah
berjaya membina tamadun kebendaan yang hebat yang menjadikan mereka
dipandang megah oleh dunia. Maka kecuaian muda- mudi mereka masih dapat
ditampung dengan tamadun kebendaan yang telah mereka bina. Untuk mereka
melangsungkan apa yang sudah mantap tidaklah begitu sukar.

Juga, aktiviti hiburan mereka telah membawa pulangan ekonomi yang
tinggi. Ini kerana, dunia lain memandang tinggi jenama mereka dan
sanggup membayar harga untuk menikmati hiburan mereka. Adapun kita,
belum berjaya membina tamadun kebendaan, mahupun budaya seperti mereka.
Lebih malang lagi, kegiatan seni kita lebih banyak membazirkan wang
bangsa sendiri dan gagal menghasilkan pulangan ekonomi untuk negara.

Dalam keadaan kita yang dilanda berbagai-bagai masalah yang gagal
diselesaikan dengan kadar yang selesa; dadah, kerosakan akhlak, gejala
jenayah remaja, malas, sikap tidak bertamadun anak bangsa; adakah patut
kita fokuskan tenaga dan kemampuan remaja kita ke arah hiburan ‘tidak
berhenti-henti’ atau ‘hiburan tanpa sempadan’? Program realiti hiburan
ada yang telah memerangkap cita-cita hidup anak muda sehingga gagal
memikirkan kemampuan diri selain dari menjadi ‘artis segera’.

Namun perkara yang paling realiti bagi setiap program realiti hiburan
itu adalah penajanya mengaut untung gila-gila sementara kerugian
langsung atau tidak langsung ditanggung oleh ‘anak dan bapa’ orang kita.

Sekali lagi, saya bukan antiartis, hiburan dan seni. Anda boleh baca
temu bual dengan saya oleh majalah Pentas terbitan Istana Budaya. Namun
saya sedang membicarakan soal untung rugi jangka masa panjang terhadap
umat jika terus dibiarkan generasi kita tenggelam dalam arus hiburan
tidak berdisiplin yang sedang pesat sekarang.

Saya tidak antiartis secara melulu. Bahkan saya tahu ada artis-artis
yang ternama juga membaca artikel saya. Setiap orang ada sumbangannya.
Namun saya mengharapkan agar kegiatan seni tidak melanggari disiplin
agama dan memusnah masa depan bangsa. Hiburan kita seakan hilang arah.
Dalam banyak hal, kelihatan tidak banyak memberi sumbangan kepada
pembangunan peradaban dan ketamadunan umat.

Islam bukan jumud yang menuntut agar filem atau artis yang berdisiplin
mesti mempamer ‘lebai’ atau kopiah di atas kepala atau dibacakan nas-nas
agama. Yang penting ialah disiplin dalam penampilan dan kandungan.
Sekadar bersongkok atau berkopiah belum tentu isi seninya tidak
melanggar batasan Islam.

Dalam industri perfileman, saya rasa kita boleh puji Iran. Walaupun saya
dalam banyak perkara pokok dan cabang amat berbeza dengan mazhab utama
negara tersebut. Namun saya akur industri filem di Iran telah berjaya –
pada suatu tahap – menghasilkan filem-filem yang mempunyai disiplin yang
tinggi dan kualiti yang baik. Bahkan banyak juga filem mereka yang
memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Tanpa perlu
mempamerkan watak yang menyanggahi agama atau menceduk aksi dan watak
Barat, filem ‘Kasut’ dari Iran berjaya memenangi anugerahnya.

Pihak yang diberikan bajet besar untuk kemajuan Islam pula hendak
merancang agar media benar-benar dimanfaatkan untuk pembangunan umat.
Media adalah kuasa ajaib di zaman ini. Janganlah program kita hanya
stereotaip yang tidak boleh dipasarkan untuk generasi baru.

Kepentingan menguasai media atau memanfaatkannya lebih utama dari
memikirkan bagaimana mengelakkan Mufti Perlis daripada muncul dalam
Forum Perdana. Sehingga hari ini para penggiat seni tidak mempunyai
penasihat seni dari sudut agama yang praktikal dan produktif.

Anugerah-anugerah prestij agama yang sudah bersifat ‘muzium’ itu
patutlah digantikan dengan anugerah-anugerah lain yang lebih utama untuk
difokuskan. Anugerah filem yang berkualiti dan tidak menyanggahi syariah
umpamanya mungkin boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan seni yang
lebih berdisiplin.

- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Tuesday, March 13, 2007

Perbicangan mengenai aurat wanita

Saya tertarik dengan laman web Ust. Zaharuddin yang mengupas bab aurat wanita ni. Mcm persoalan kenapa mereka suka pakai camtu akhirnya terjawab dlm artikel ni. Saya letakkan sedikit cebisan artikel tersebut,

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

Teruskan membaca di sini,

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=72

Surat kepada penganjur program dinner kilang Permata

Saya nak berkongsi sedikit maklumat buat anda. Kilang yang saya keje skrg ni akan buat acara yg biasa setiap tahun. Biasanya masa dinner diorang akan buat persembahan artis dsbnya. So saya ambil inisiatif untuk beri sedikit peringatan kepada jawatankuasa yang terlibat untuk program tu yang akan berlangsung tak lama lagi. Alhamdulillah surat ini dapat respon yg baik dari ajk terbabit. Di sini saya sertakan petikan surat tersebut utk rujukan sahabat-sahabat.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

First thing saya nak mintak maaf kalau apa yg saya nak sampaikn ni cenderung kepada org tertentu lebih2 lagi menyakitinya. Saya cuma ingin menyentuh dinner yang mungkin dicemari dengan aktiviti tidak bermaruah spt yg berlaku sblm ni. 2 kali dinner yg dulu saya terpaksa tinggalkan majlis tersebut dan mungkin kali ini kali ketiga dan terakhir.

Sahabat, satu part yg saya nak mintak awak buat adalah bahagian artis tu. kalau blh mintak dia pilih dressing yang sesuai dgn adat melayu-sopan. bukan dangdut, bukan supermodel dsb. kalau design koboi pun elokla disopankan designnya. bagi panduan pada dia dan dia sendiri akan faham maksudnya. kalau dia ignore takpe yg penting kita dah bagitau. Mana ada artis yang nak pakai sopan mcm ustazah? Apa pun itu adalah kerja mereka dan kita hanya nasihat sahaja. Sapa kata takde pilihan? Kan artis lelaki ramai... kita bukan nak berhibur mesti dengan perempuan. Byk pilihan... bak kata sahabat saya... adaaa caranyaa..

Artis ni akan ikut kehendak dia bila kita bagitau dia situasi pekerja kilang kita yang semuanya kebanyakan lelaki-based. so saya hanya blh suggest je sthig yg baik untuk semua sbb sepanjang life kita ni kita akan dapat balik sthing apa yg kita buat sblm tu. kalau kita enjoy happy go lucky sampai lupa tujuan kita hidup maka kalau bukan kita yg dpt ana kita yang akan merasa bahananya sebab dari kelalaian kita menjaga diri kita dulu. mcm biasa pepatah ni org cakap Bapak borek anak rintik...

Saya faham kita nak raikan berbagai bangsa kat Permatas..tp jgn menggadaikan jatidiri kita sbg Islam, melayu, watan negara Islam, anak yg soleh solehah, dan.. pekerja Permatas yg bermaruah. Nak raikan orang korea pulak, orang korea mesti ikut kita dan dia pun akan faham cara hidup kita camana bila kita tunjuk adat kita camna. mcm baharudin cakap.. bukan korea tak nak ikut idea kita, tp kita yg tak pandai nak fahamkan dia idea kita macamane.

Entertainment tu bagus tp perlu ada sedikit panduan yg menghadkan perkara-perkara yang melampau mcm cth penyanyi kabaret, gelek dangdut, semi-topless dsb. Pakaian seksi melambangkan seseorang itu rendah harga dirinya. Kita nak ikut dia ke? Ingat kita jgn sesekali even cenderung atau beri sokongan pun kepada benda tak baik. Dia yang buat show, kita yang dpt dosa. dia dpt duit, kita dapat ape?

Saya tak nak bebankan kpd awak sorang tp kita semua kena bagi sokongan kat awak. Kalau semua ajk ada kesedaran pasal masalah ini nescaya ia blh dihindarkan dari terus merebak dan menyubur dalam diri umat manusia zaman moden ni.(Moden? moden teknologi je tp jahil peribadi) Ingat... Kita adalah pemimpin, rakyat akan ikut apa yang pemimpin buat. (Spt mafhum hadis nabi)

Dulu saya juga pernah handle events dan kami buat seperti yg digarispanduankan oleh Islam. Saya mmg tidak nafikan ia amat susah utk dilaksanakan memandangkan manusia sekarang telah lama disajikan dengan hiburan berkonsepkan budaya orang barat. Tgk sajala artis kita skrg ni, semakin berani berperlakuan tidak senonoh di kaca tv dan layar perak. ingat.. adaa.. caranyaa..

Islam ni adalah agama nasihat. Kita ikut je apa yang dah dishortlist dalam al-quran. InsyaAllah ktia akan aman dunia akhirat. Saya hanya menyampaikan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai org Islam, dan AJK.