Thursday, December 27, 2012

Sedekah Setiap Hari, Berkat Setiap Hari


Kata orang, kalau kita bersedekah, Allah akan kurnia keberkatan pada kita tak kiralah dari segi matawang, keharmonian rumahtangga, atau ketenangan dari perkara yang mendukacitakan dan sebagainya. Biasanya kita akan keluarkan duit untuk bersedekah bila terserempak dengan anak yatim yang bawak tabung derma, bila ke surau, atau bila tabung lalu ketika khutbah solat jumaat. Namun pernah tak kita terfikir untuk bersedekah kepada Rumah Anak Yatim, Pusat Tahfiz dan Surau yang pelbagai di lokasi seluruh negara secara konsisten setiap hari? Mustahil!!!

Dalam dunia ICT hari ini, kemudahan bersedekah semakin mudah dengan Online Banking seperti Maybank 2U,  CIMBClicks, Bank Islam dan lain-lain. Kita tak perlu tunggu peluang bersedekah itu datang tetapi sebaliknya kita yang mencarinya. Lebih proaktif bukan? Cubalah! Insyaa Allah akan datang keberkatan itu setiap hari.

Senarai badan kebajikan, anak yatim, pusat tahfiz seluruh Malaysia.

No comments: