Thursday, September 11, 2008

Insiden tragis yang mengundang keprihatinan kita

Insiden tragis yang mengundang keprihatinan kita

Insiden yang berlaku ke atas keluarga Tuan Hj Yusof Abdul di rumah mereka di D'Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam pasti tidak akan luput dari ingatan seluruh mereka yang terlibat. Allahyarham Raja Noriana, isteri Hj Yusof dan ibu kepada anak-anaknya telah terbunuh dalam insiden pecah rumah, rompakan, penculikan dipagi sebelum subuh ketika semua bangun untuk bersahur.

Semasa proses perundingan diantara pihak polis dan perompak/penculik itu, Allahyarham telah ditampar, dipukul, dikelar dileher dan ditikam bertubi-tubi mengakibatkan beliau cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia.

4 orang makhluk "binatang" itu dipercayai warga Indonesia, dua berjaya ditangkap manakala dua lagi ditembak mati.

Insiden ini sekaligus menimbulkan tanda-tanya tentang keselamatan kita dan ancaman dari pendatang warga Indonesia yang seringkali mencetuskan masalah sosial dan keselamatan di sini. Kita tidak menafikan mungkin mereka yang terbabit dalam jenayah dan seumpamanya hanyalah sebilangan kecil, namun kekerapannya mengundang kebimbangan.

Yang memeranjatkan rupanya keluarga yang sama pernah dirompak di rumah yang sama beberapa hari yang lalu ditempat yang sama, juga dalam bulan Ramadhan. Mujurlah ketika itu mereka tidak diapa-apakan, tetapi inilah bukti betapa nekad dan beraninya binatang-binatang ini!

Dalam insiden ini saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana segera bertindak, walaubagaimanapun demi keselamatan kita semua saya mengharapkan agar kesemua pendatang tanpa izin (PATI) di negara kita segera diambil tindakan dan dihantar pulang. Semua agen dan sindiket yang terbabit membawa mereka masuk perlulah juga diambil tindakan. Manakala mereka yang datang secara sah juga perlu sentiasa dipantau dan diperhatikan.
Pihak polis dan agensi lain yang terbabit perlu dikerahkan bagi memastikan pemeriksaan dan kawalan ini terus-menerus dilakukan.

Dalam pada itu saya mengesyorkan agar pihak polis dan pejabat Peguam Negara segera menyiasat dua ekor binatang yang berjaya ditangkap itu, dan seret mereka ke mahkamah untuk didakwa dan jika sabit kesalahan pihak mahkamah perlulah menjatuhkan hukuman seberat-beratnya kepada mereka. Jangan tangguh-tangguh kes ini dan berikan keutamaan demi menghukum manusia yang bernafsu haiwan ini.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Hj Yusof dan saya pasti beliau dan anak-anak dalam keadaan trauma akibat insiden yang sungguh mengecewakan ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan ketenangan kepada anda semua. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat insyallah.

Alfatihah. [ source ]

No comments: