Thursday, September 4, 2008

Zakat Pendapatan/Simpanan; Sudahkah Dilunaskan?

Assalamualaikum & Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah.

Abang-abang, akak-akak, sahabat-sahabat & adik-adik yang dirahmati Allah,

Sebagai makluman kepada yang tak tau dan peringatan buat yang lupa...

Menjelang Ramadhan ini, ramai orang yang sibuk menjelaskan zakat fitrah bagi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang mukallaf. Cuma dikhuatiri ada yang terlupa berkaitan zakat pendapatan, zakat wang simpanan & zakat perniagaan bagi yang bukak bisnes (di samping zakat-zakat lain, tapi rasanya dua/tiga ni je yang releven untuk kita sebagai alumni buat masa ni). Mungkin ada yang terlepas pandang tentang zakat pendapatan kerana mungkin lebih menekankan cukai pendapatan, atau nama manjanya income tax yang memang dikuatkuasakan bayarannya oleh kerajaan (sebab tu sumber kewangan mereka). Tapi zakat pendapatan & wang simpanan? Seringkali dipandang sepi dan tak pasti berapa ramai orang Islam kat Malaysia ni yang prihatin terhadap kewajipan ini.

Lama dulu, saya pernah bertemu dengan pegawai Pusat Pungutan Zakat untuk mendapatkan penjelasan tentang syarat-syarat dan cara pengiraan zakat pendapatan yang betul. Mudah je dan boleh dilakukan sendiri. Dan jangan risau, jumlahnya takde la sebanyak yang dijangka. Cuma 2.5% daripada hasil pendapatan tolak perbelanjaan setahun. Boleh saya nyatakan, bagi seorang bujang yang baru kerja bergaji lebih kurang RM2000 sebulan, Insuran Takaful RM100, bagi mak ayah RM250, sewa rumah RM150 (sebab kongsi dengan member), so jumlah zakatnya bagi tahun itu tak sampai pun RM180, berbanding pendapatan tahunan yang mencecah RM24000!. Kiraan juga mengambil kira saraan hidup isteri dan anak-anak (bagi yang berkeluarga) dan ansuran bayaran PTPTN/JPA serta ansuran rumah pertama bagi yang masih berhutang. So, kurang lagi la daripada RM180. Jumlah bayarannya memang tidak membebankan.

Saya sertakan di bawah, link untuk kira zakat pendapatan:

http://www.zakat. com.my/kalkulator/pendapatan. html

Bagi yang bergaji besar dan sudah layak dikenakan income tax (katalah lebih daripada RM3000 sebulan), bayaran zakat anda jika melalui institusi zakat kerajaan yang disahkan, boleh dipotong daripada bayaran income tax tahunan anda. Yang penting simpan resit asal.

Ni pulak link untuk kira zakat wang simpanan:

http://www.zakat. com.my/kalkulator/wangsimpanan. html

Bagi zakat wang simpanan pula, kita diwajibkan bayar bila cukup haul (setahun) & cukup nisab (RM6200). Ini bermaksud, kita perlu bayar zakat ikut baki terendah setiap tahun, jika nilainya melebihi RM6200. Tapi bagi yang menyimpan dalam Tabung Haji & Bank Islam, tak perlu risau sebab wang simpanan anda memang dah dibayar zakatnya oleh bank berkenaan. Jadi dah tak perlu bayar zakat untuk simpanan di bank-bank tersebut.

Di samping bayaran terus kepada Pusat Zakat (yang berada dibawah kerajaan), terdapat beberapa pihak lain yang boleh kita salurkan zakat kita. Saya telah menghubungi Pejabat Setiausaha Agung PAS untuk mendapatkan penjelasan berkaitan bayaran zakat ini. Info yang diperolehi, pihak PAS juga ada mengadakan kutipan zakat fitrah dan juga zakat-zakat yang lain yang akan disalurkan kepada fakir, miskin dan fisabilillah. So, di samping membayar zakat, kita juga dapat menyumbang kepada perjuangan Islam. Bayaran zakat juga boleh disalurkan terus kepada PESMADA (Pekerja Sepenuh Masa) yang dikategorikan sebagai asnaf fisabilillah. Ia pasti memberikan keuntungan yang bukan sedikit kepada perjuangan Islam. Tetapi suka diingatkan, Pejabat PAS tidak dikira sebagai institusi zakat yang diperakui kerajaan (of course la). Justeru, bayaran zakat kepada PAS tidak boleh ditolak dalam income tax.

Saya sertakan no handphone salah sorg amil zakat PAS yg dinyatakan. Beliau adalah salah seorang pegawai PAS di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut.

Suhaimi: 019-6039187


Kalau nak info lanjut tentang pengiraan, boleh try tengok website Pusat Pungutan Zakat di http://www.zakat. com.my/ atau hubungi mereka di talian 03-26936389. Kalau segan atau tak jumpa jalan, boleh tanya pada Ustaz-ustazah.

Sekian, sekadar ingat mengingati. Sama-sama kita ambil kelebihan amalan di bulan Ramadhan untuk melunaskan tanggungjawab kita sebagai pembayar zakat.

Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan.

-qalambiru-

2 Ramadhan 1429 (020908)

No comments: